1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Lawatan consultant dari KL

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.

Read more...

Permintaan talapia merah tinggi

Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.

Read more...

kerja naik taraf kolam asuhan

Kerja-kerja naik taraf kolam asuhan dibuat sepanjang April ini sehingga pertengahan Mei, maka operasi pembenihan diberhentikan buat sementara waktu.

Read more...

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...
  • Lawatan consultant dari KL

    Lawatan consultant dari KL

  • Permintaan talapia merah tinggi

    Permintaan talapia merah tinggi

  • kerja naik taraf kolam asuhan

    kerja naik taraf kolam asuhan

  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

Previous
Next
  • Banner

Bahaya air bukit kepada ternakan ikan

PDFPrintE-mail

Artikel aqua - Urus air

Bahaya air bukit yang penternak ikan perlu tahu.

Kes ini kebiasaannya terjadi kepada penternak sebelah hulu atau kawasan berbukit. Yang mana sumber air kolam dari kawasan sungai berjeram atau sungai tinggi. Kes ini jarang-jarang berlaku, biasanya ketika musim hujan.

Kami di Pergau Hatchery ada menerima soalan sebegini dari penternak sekitar sini.

Ada setengah-tengah pengusaha di sini guna sumber air dari sungai chegar atau air terjun dengan sistem paip graviti. Letak kepala paip di kawasan air terjun, salur masuk ke dalam kolam. Faktor bentuk muka bumi di sekitar lembah Pergau memberi kelebihan tersendiri kepada pengusaha akuakultur.

atau bila ditanya simptom terjadi pada ikan. mereka menjawab ikan mati tiba-tiba. Dari info seperti berikut:

  • guna air bukit seperti sungai berjeram, air terjun, sungai tinggi atau kawasan tadahan hujan.
  • salur ikut paip
  • kebiasaannya berlaku bila musim hujan
  • air menjadi berbuih, terlampau banyak buih udara dalam air, macam air berkarbonat seperti coca cola, 100plus
  • bila masuk ke dalam kolam ikan akan mati mengejut serentak 

Kejadian berlaku kerana, air sungai di kawasan berbukit, mempunyai kandungan udara terlarut yang lebih tinggi,akibat bentuk semulajadi sungai seperti berjeram atau air terjun. Bila hujan turun, jumlah air semakin bertambah dari biasa. jadi bila air ini disalurkan ke dalam kolam ternakan, kita akan nampak buih - buih putih.

nak senang nampak, ambil letak dalam gelas kaca, kat dinding gelas itu buih - buih ini melekat.

dalam bahasa kampungnya - air ini bertekanan tinggi. jadi bila dah masuk dalam kolam keli anda sebagai contoh, buih-buih udara ini akan melekat di seluruh badan ikan. ikan ini akan mati kelemasan. kerana jika peratikan buih-buih ini akan melekat lebih banyak di insang ikan. sekiranya pakai kolah atau kolam fiber, boleh tengok buih ini terlekat pada dinding kolam.
dari segi sains - saya pernah jumpa satu artikel membincang secara mendalam perkara ini. cuma saya ringkaskan di sini,  air berkandungan udara yang tinggi (berbuih-buih) akan menjalani proses perseimbangan dengan persekitaran baru (kolam anda). Kandungan buih yang terlekat di badan ikan, akan meresap ke dalam badan ikan. Ini menyebabkan ikan keracunan udara. Seterusnya akan mati mengejut.

Seperti satu kes ternakan talapia di Kg Igin Maju, Gua Musang. Ikan habis mati sekali gus, di mana air kolam disalurkan terus dari anak sungai berjeram terdekat, kerana air berbuih daripada biasa walaupun air jernih. Perkara seperti ini tidak terkecuali juga kepada peminat ikan hiasan yang mempunyai aquarium di rumah.

Ini tips dari Pergau Hatchery untuk atasinya:

  • jangan masukkan air seperti ini ke dalam kolam sekiranya nampak, walaupun dalam kuantiti sedikit. biar air kembali normal baru masuk balik.
  • rawat air tersebut terlebih dahulu sebelum dimasuk ke dalam kolam, masuk air ke dalam bekas lain kemudian heningkan sekurang-kurang sehari semalam.

 

 

Laman

  • Banner