Ternakan Ikan Keli
Written by PVH Thursday, 01 June 2006
Ternakan Ikan Keli Ikan keli atau lebih dikenali catfish pada masa kini merupakan antara sumber protein utama dunia.
Catfish kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.
Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan catfish ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif antara halangan awal.
Perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan merupakan kunci penerimaan terhadap ternakan ini. Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap catfish ini, berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional.
Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, mendorong spesis catfish ini sebagai ternakan utama di negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain ternakan sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas.
Artikel Popular
- Sistem pagar elektrik
- Makanan ternakan ikan keli - proses sendiri
- Ternakan Ikan Keli
- Sistem pagar elektrik bagi ternakan
- Energizer pagar elektrik
- Pagar elektrik untuk tanaman
- Sistem ternakan ikan keli
- Peralatan pagar elektrik
- Benih keli PVH
- Latarbelakang Pergau Valley Hatchery
- Kepentingan Aquakultur
- Jadi penternak ikan
- Kualiti air bagi ikan keli
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan Jan - Feb 2012
PVH sudah mula beroperasi. Stok benih terbaru dijangka keluar sekitar 10 febuari 2012
kemaskini 20/1/2012

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.



Pergau Hatchery Enterprise