anak keli saya cepat mati, kenapa ?
Written by PVH Saturday, 27 March 2010
Topik di atas ada soalan sering kali pihak Pergau Valley Hatchery terima daripada pengusaha tanpa mengira latar belakang baik baru menceburi atau yang lama bergelumang dalam penternakan ikan keli.
kenapa fenomena sebegini terjadi:
- anak keli dibeli, mati mengejut tiba-tiba.
- anak dimasukkan ke dalam seminggu, kemudian mati serentak.
- anak keli sebesar 3 - 4 inci tetap mati juga.
- benih keli, mati sekelompok - kelompok dalam kolam.
- anak keli dalam kolam hilang ghaib entah ke mana.
- sistem pengurusan anak
- perubahan cuaca
- penyakit berjangkit.
Namun bagi Pergau Hatchery, sistem pengurusan anak yang bagus merupakan kunci utama kesihatan benih keli. Pengurusan anak ini melibatkan semua aspek baik di peringkat ladang sehingga pusat transit dan peringkat akhir di tangan pengusaha.
Banyak pihak tidak mengambil endah perkara ini akan memberi kesan kepada kesihatan benih keli. contohnya bagi benih keli yang distok terlalu lama di tempat sempit dalam jumlah yang besar, menghasilkan anak yang lemah. Ini seringkali terjadi di pusat transit atau mereka yang baru menceburi bidang ini.
Kesannya, benih keli sebegini, dapat diperatikan terus seperti kelihatan lebih pucat dan tidak bermaya. ini diburukkan lagi sekirannya melibatkan anak benih keli import terutamanya dari Thailand, anak jelas kelihatan lebih tidak bermaya kerana telah melalui beberapa peringkat pertukaran baik di Siam sendiri iaitu dari pengusaha hatcheri kecil-kecilan ke peraih, ke orang tengah, baru lah sampai ke sempadan kemudian bertukar tangan di sini dalam beberapa peringkat sebelum akhir sampai ke tangan penternak. Proses sebegini memenatkan benih keli.
Fenomena cuaca dan penyakit berjangkit
Ini diburukkan lagi dengan sistem pengangkutan benih keli yang tidak sempurna. Kesan akhirnya fenomena seperti dinyatakan awal-awal tadi. Kesimpulan dari perkara ini, anak yang letih akan mudah diserang penyakit dan ditambah faktor cuaca yang tidak membantu seperti pertukaran musim lebih memburuk keadaan.
Contohnya sekitar akhir 2007 dan awal 2008, industri keli mengalami masalah besar dalam bekalan benih keli kerana suhu harian jatuh mendadak, mungkin bagi di luar sana mungkin tidak terasa fenomena sebegini. Kami di pergau Hatchery sendiri menerima tempahan belipat kali ganda dari biasa akibat dari fenomena ini.
Kejatuhan suhu secara ketara memberi kesan kepada seluruh hatcheri baik di rantau ini, baik di Malaysia dan Thailand. Antara kesannya, induk keli tidak mahu bertelur seperti biasa, bayangan betapa besar kesan perubahan iklim global ke atas industri keli. Selain penyakit berjangkit yang mengiringi kemudian.
Diharap penjelasan ringkas dari Pergau Hatchery ini dapat sedikit sebanyak merungkai permasalahan yang membelenggu pengusaha di luar sana.
Pergau Valley
27 march 2010
Artikel Popular
- Sistem pagar elektrik
- Makanan ternakan ikan keli - proses sendiri
- Ternakan Ikan Keli
- Sistem pagar elektrik bagi ternakan
- Energizer pagar elektrik
- Pagar elektrik untuk tanaman
- Sistem ternakan ikan keli
- Peralatan pagar elektrik
- Benih keli PVH
- Latarbelakang Pergau Valley Hatchery
- Kepentingan Aquakultur
- Jadi penternak ikan
- Kualiti air bagi ikan keli
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan Jan - Feb 2012
PVH sudah mula beroperasi. Stok benih terbaru dijangka keluar sekitar 10 febuari 2012
kemaskini 20/1/2012

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise