Kes kecurian ibu elektrik tinggi, sila ambil langkah keselamatan
Written by PVH Monday, 14 March 2011
Artikel Terkini - Terkini

Gambar: bekas besi yang direka khas untuk letak ibu pagar dan bateri
Sejak kebelakangan ini, kes kecurian energizer pagar elektrik atau ibu pagar sangat tinggi. Pihak kami menerima pelbagai aduan atau rungutan rata-rata dari kalangan pekebun kecil getah khususnya.
Bagi kebun sekitar keluasan 3-6 ekar antara yang biasa kena curi iaitu energizer model P10 dan P20. Turut sama jadi mangsa ialah bateri pagar dan solar panel. Ini membebankan pekebun kecil, untuk membeli unit baru ibu pagar.
Jadi kami di pergauhatchery.com, menekankan kepada pemilik ibu pagar ini mengambil langkah keselamatan seperti:
- kalau boleh ibu pagar ditempatkan di tempat yang selamat seperti dalam bangsal/pondok kat dalam kebun.
- menempatkan ibu pagar dalam kawasan yang dipagar bukannya di luar pagar.
- mengunci ibu pagar dan bateri di dalam kotak atau bekas yang selamat. Rujuk gambar kotak pagar kami di atas.
- Sekiranya dengan plug rumah, minta sewa guna elektrik mereka kerana penggunaan energizer tidak jejas meter tnb. Ini lebih selamat dari letak di dalam kebun.
- lebih kerap ke kebun anda, selain memesan kepada jiran terdekat.
Kami berharap dengan sedikit berita dan tips ringkas ini diguna pakai oleh pemilik kebun yang menguna pakai sistem pagar elektrik di luar sana.
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan#1 Jan - Feb 2012
Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012
-stok benih 1.5 & 2 inci
pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012
kemaskini 17/2/2012

Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.




Pergau Hatchery Enterprise