claim subsidi anak ikan keli tidak seragam: rungutan penternak
Written by PVH Thursday, 20 May 2010
Artikel Terkini - Terkini
Ramai sudah mengetahui, pengusaha keli sekarang mendapat susbsidi dari kerajaan kerana kenaikan kos seperti makanan. Subsidi ini diagihkan melalui jabatan Perikanan negeri.
Contohnya dengan membeli anak ikan keli 1000 ekor, bawa bil/resit pembelian anak tersebut, dapatlah claim subsidi berdasarkan jangkaan berat ikan iaitu 5-6 ekor/kg yang akan dituai pada kadar hidup 80%. Tidak silap di Kelantan untuk sekilo ikan keli, subsidi dari kerajaan 57 sen.
Berdasarkan perancangan nampaknya bagus, namun terdapat rungutan di kalangan pengusaha yang datang membeli anak keli di sini, merungut tidak dapat claim. Ada setengah daerah, tidak dapat claim langsung. Pelaksanaan tidak seragam ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengusaha.
Saya sendiri tidak dapat memberi jawapan yang jelas terhadap masalah ini, kerana pihak kami pun tidak pernah claim subsidi ini. Ditambah pula, di daerah Jeli sendiri, pengawai perikanan daerah pun tidak mensyorkan claim dilakukan. Sepatutnya mereka ini, galakkan penternak-penternak tradisi dapatkan subsidi ini.
Sekiranya bentuk bantuan sebegini tidak sampai kepada golongan sasaran, amat mendukacitakan kerana industri keli tempatan telah lama bergelut dengan kenaikan kos makanan yang berterusan tahun demi tahun. Dengan penerimaan subsidi sebegini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban penternak sekaligus memberi motivasi kepada mereka untuk terus berkecimpung dalam bidang ini.
Di harap pihak bertanggungjawab dalam urusan pemberian subsidi ini dapat menyalurkan bentuk bantuan sebegini dengan adil dan sekiranya ada masalah, seharusnya dijelaskan kepada penternak.
----
*Pergau hatchery, akan menerbitkan artikel berbentuk sosial ekonomi seperti ini di masa hadapan, kerana pihak kami kerap kali dihujani pertanyaan dan aduan dari golongan akar umbi industri ini. Sekurang-kurang dapat memberi gambaran sebenar kepada pembaca di luar sana dan info yang membantu bagi pihak berwajip.
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan Jan - Feb 2012
PVH sudah mula beroperasi. Stok benih terbaru dijangka keluar sekitar 10 febuari 2012
kemaskini 20/1/2012

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise