Anak tilapia merah keluaran Pergau Hatchery
Written by PVH Thursday, 04 February 2010
Artikel Terkini - Terkini
Pergau Hatchery buat masa sekarang ada mengeluarkan anak tilapia merah bagi penternak. Namun jumlah anak tilapia merah dikeluarkan pada kuantiti yang sedikit sahaja.
Ini kerana benih tilapia hanya produk sekunder PVH. Sementara menunggu tanah stabil, buat sementara waktu induk tilapia merah dimasukkan ke dalam beberapa kolam yang baru dibina.
Induk ini telah menghasilkan benih sekitar disember 2009. Kebanyakan pembeli dari penternak sekitar Jeli, Kelantan. Tilapia merah memerlukan sekitar 6-7 bulan untuk mencapai saiz pasaran. Rata - rata pembeli menternak untuk kegunaan sendiri dalam jumlah yang kecil.
Bagi yang berminat dapat benih ikan tilapia merah dari Pergau hatchery anda boleh terus menghubungi kami untuk tempahan awal. Ini bagi memudahkan pihak PVH menyimpan stok benih lebih awal untuk anda.
sekian.
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan Jan - Feb 2012
PVH sudah mula beroperasi. Stok benih terbaru dijangka keluar sekitar 10 febuari 2012
kemaskini 20/1/2012

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise