1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Lawatan consultant dari KL

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.

Read more...

Permintaan talapia merah tinggi

Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.

Read more...

kerja naik taraf kolam asuhan

Kerja-kerja naik taraf kolam asuhan dibuat sepanjang April ini sehingga pertengahan Mei, maka operasi pembenihan diberhentikan buat sementara waktu.

Read more...

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...
  • Lawatan consultant dari KL

    Lawatan consultant dari KL

  • Permintaan talapia merah tinggi

    Permintaan talapia merah tinggi

  • kerja naik taraf kolam asuhan

    kerja naik taraf kolam asuhan

  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

Previous
Next
  • Banner

Benih Keli 2010

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini

Ini anak keli keluaran sulung Pergau hatchery bagi 2010. Selepas musim tengkujuh, melanda hampir 2 bulan di Kelantan, PVH membekukan sementara operasi ketika itu. Sekitar pertengahan januari 2010, PVH beroperasi seperti biasa.

Pada pertengahan febuari 2010, anak keli dituai untuk pasaran. Kebanyakan saiz anak sekitar 1.5 - 2.5 inci

Alhamdulilah, stok anak pertama ini habis dalam masa singkat kerana kebanyakan pelanggan yang membelinya telah menempah awal-awal lagi. Rata - rata pembeli tempatan, malah ada sehingga ke Jerteh, Terengganu datang untuk mendapatkan benih dari PVH.

Terima kasih kepada semua, kerana memberi kepercayaan kepada PVH.

Stok keluaran ini dapat memenuhi keperluan penternak ingin menternak balik selepas musim banjir baru-baru ini terutamanya bagi kolam di kawasan rendah iaitu kawasan hilir seperti Pasir Mas.

Malahan, trend menternak kecil secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri ketara sekarang, contohnya menternak dalam bekas tangki air, kolam konkrit atau kolam tanah. Kebiasaannya mereka membeli anak keli sekitar 200 - 1000 ekor.

 

Laman

  • Banner