Skip to Menu Skip to Content Skip to Footer

Sekilas

  • 2010 - selamat tahun baru 2010 dan maju jaya dari PVH
  • PVH - mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada muslimin
  • ANAK KELI - dapatkan anak keli bermula dari 5sen keluaran PVH
  • 2009 Aquakultur - Semoga kedatangan 2009 membawa kebaikan bersama kepada komuniti Aquakultur Malaysia!

Lawatan ke tapak hatcheri

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Oleh PVH Sabtu, 24 Oktober 2009 05:19

Sedar tidak sedar, pihak PVH sejak kebelakangan ini banyak menerima ‘tetamu’ secara langsung baik pun tidak langsung. 

Sejak penubuhan pergauhatchery.com, kami banyak menerima permintaan dari orang peseorangan baik pun wakil institusi pendidikan untuk melawat ke tapak pembenihan kami. Perkara ini seiring dengan dasar pembangunan pertanian negara yang dilancarkan 2-3 tahun lepas, menyaksikan ramai mula cenderung serta berminat dalam aktiviti aquakultur khususnya.

Kenapa tolak ?

Perkara ini kami tolak dengan sebaik mungkin. Ini disebabkan beberapa faktor utama antaranya ‘environment bio security’ pusat pembenihan ini. Perkara ini mungkin tidak disedari oleh sebahagian hatcheri baru namun di PVH telah menerima beberapa kesan penyakit bawaan vektor ini sejak beberapa tahun yang lepas. Kesannya amat merugikan.

Ini salah satu sebab kenapa kebanyakan hatcheri agak tertutup dari pandangan umum. Dan ianya bukan sembarang tempat sesuka hati untuk dilawati.

Urusan berkaitan sahaja

Dan disebabkan ini, pihak PVH tidak membenarkan sebarang lawatan ke atas tapak pembenihan kami tanpa sebarang urusan rasmi. Hanya mereka (pembekal, pengusaha dan penternak) yang mempunyai urusan dengan PVH pihak sahaja dibenarkan. Ini antara sebab kenapa kami tidak lampirkan secara lengkap alamat ladang manakala bagi yang ingin berurusan boleh terus berhubung dengan nombor tertera.

Untuk sebarang lawatan baik sama ada sambil belajar atau saja² terpaksa kami tolak awal². Alternatif lain seperti ladang eco agro yang menawarkan pakej seperti ini, mungkin menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang berhajat sedemikian.

PVH hanyalah sebuah pusat pembenihan persendirian, hatchery ini hanya memfokus terhadap pengeluaran benih keli sahaja. Kami bukannya sebuah pusat kajian atau pusat pembangunan yang terbabit dengan aktiviti pembelajaran seperti lawatan tapak dan sebagainya.

Harap mereka di luar sana faham dan maklum dengan keadaan ini.

sekian
Pihak pengurusan PVH

In Section: Artikel Terkini - Terkini