Krusus ternakan dan pembenihan ikan keli
Written by PVH Saturday, 05 September 2009
Artikel Terkini - Terkini
Pengumunan : krusus ternakan / pembenihan ikan
Pergau Valley Hatchery menerima banyak pertanyaan dan permintaan secara langsung atau tidak langsung dari para peternak mahupun orang peseorangan mengenai:
Adakah pihak kami ada menganjurkan sebarang krusus pembenihan ikan air tawar atau ternakan ?. Di kesempatan ini PVH terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi:
Pergau Valley Hatchery TIDAK menganjurkan sebarang krusus pembenihan ikan air tawar dan ternakan kepada orang ramai.
Ini disebabkan atas beberapa faktor yang diambil dikira*. Pihak kami hanya menjalankan aktiviti pengeluaran benih keli dalam memenuhi permintaan pengusaha/penternak terhadap bekalan anak benih keli yang berkualiti.
Dan sebagai panduan kepada yang betul-betul berminat khususnya dalam aktiviti pembenihan ikan air tawar, dinasihat mendapat latihan pendidikan secara langsung dari pihak bertuliah. Ini kerana bidang hatchery antara bidang paling kritikal dalam aquakultur, ini terbukti di Malaysia sendiri hanya segelintir pusat hatcheri dapat ‘survive’ dalam persekitaran yang mencabar ini.
*bidang hatcheri bukan sekadar penetasan telur sahaja
#terbitan kembali dari artikel terdahulu

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise