Ikan keli masuk sekolah
Keli masuk sekolah ? menarikkan tajuk ini.
Di awal bulan Jun, saya mendapat panggilan dari seorang rakan sekolah yang bertugas sebagai warga pendidik di tanah tinggi Cameron Highlands.
Mengadu tentang masalah ternakan kelinya, antara salah satu projek lapangan pelajar. Beliau agak gusar dengan kadar kematian anak keli yang tinggi.Setelah mendapat gambaran serba sedikit mengenai kaedah ternakan yang beliau jalankan, saya syorkan beberapa langkah asas yang perlu diambil.
Saya agak terkejut, bila diberitahu pada awalnya. Sekolah-sekolah di Malaysia menjalankan ternakan keli antara sebahagian projek lapangan pelajar.Senario ini agak berbeza dalam 10 tahun yang lepas. Satu pencapaian dan pengiktifan kepada industri ternakan keli di negara ini. Corak ternakan urban aquakultur yang diberi nafas baru,memudahkan untuk dijalankan di kawasan sekolah.
Sistem separa tertutup seperti keadah ternakan dalam tangki poli, fiber dan kanvas agak popular pada masa sekarang. Sistem ini sesuai diusaha dalam skala kecil serta bagi tujuan pendidikan khususnya.
Diharap pendedahan sebegini pada peringkat awal, memberi kesan positif kepada industri ini.
Ternak keli di tanah tinggi ?
Ternakan keli di kawasan tanah tinggi memberi cabaran tersendiri terutama dari aspek suhu persekitaran yang jauh beza dengan kawasan tanah rendah. Dalam beberapa tahun lepas terdapat projek percubaan menternak ikan keli di kawasan tanah tinggi dijalankan, antaranya di Tasik Pergau, Jeli Kelantan.
Dengan julat suhu tasik ini, antara 16-20 C pada waktu malam memberi kesan kepada kadar pertumbuhan ikan. Dari permerhatian umum didapati ikan keli yang diternak di tasik ini, secara relatifnya memerlukan tempoh lebih panjang untuk dituai. Mungkin siri kajian lanjutan secara saintifik dapat memberi penjelasan konkrit terhadap situasi sebegini.
In Section: Artikel Terkini - Terkini
Terkini
- Teknologi pembuatan kolam konkrit atau kolah bagi ternakan keli
- Anak talapia merah
- claim subsidi anak ikan keli tidak seragam: rungutan penternak
- Peralatan pagar elektrik
- Ibu pagar elektrik
- Musim kemarau serta ikan keli
- Stok benih keli bagi bulan puasa
- beli benih keli: apa yang anda patut tahu, tips Pergau Hatchery
- Kemaskini info jangka pengeluaran anak: Berita baik buat pelanggan Pergau Hatchery
- anak keli saya cepat mati, kenapa ?
Kalendar PVH
Pengeluaran pusingan ke - 6
untuk bulan Ogos 2010
Benih keli dijangka keluar pada akhir minggu ke-2 Ogos
stok 200k anak 2.5 inci
hubungi pvh untuk tempahan dan pembelian.
kemaskini 2 Ogos 2010





