Ikan Keli menjelang ramadhan
Written by PVH Thursday, 02 July 2009
Artikel Terkini - Terkini
Menjelang bulan puasa permintaan terhadap bekalan anak keli meningkat, ini disebabkan peningkatan permintaan pada ramadhan. Selain dari pengusaha biasa yang secara rutin menternak keli., terdapat juga orang perseorangan yang mengusahakan ternakan hanya di bulan ramadhan sama ada untuk kegunaan sendiri atau jualan.
Trend ini dapat dilihat dalam tempoh 2 -4 bulan sebelum puasa, di mana pihak PVH hampir saban tahun menerima tempahan yang mendadak dalam tempoh masa ini.
Contohnya untuk keluaran anak keli bagi pusingan april/mei yang lalu, pihak PVH tidak dapat menemuhi permintaan yang meningkat samaada dari pembekal anak atau penternak di sekitar Kelantan.
Pada tahun ini, peningkatan permintaan terhadap anak keli begitu ketara, ini disebabkan trend urban aquculture yang melanda negara kebelakangan ini. Faktor penerimaan generasi muda terutamanya di kawasan bandar terhadap spesies catfish ini dalam menu seharian banyak membantu industri ini untuk berdaya maju. Semoga ramadhan tahun ini membawa rahmat.

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise