Kualiti air bagi ikan keli
Written by PVH Monday, 15 June 2009
Artikel Terkini - Terkini
’Bolehkah ikan keli diternak dalam air jernih’
Jawapannya ’tidak boleh’
Ikan keli bukan spesies ikan yang hidup dalam air jernih. Ikan ini memerlukan air yang keruh atau hijau bagi membekal makanan dan pelindungan semulajadi. Buktinya habitat asal ikan ini seperti di sawah padi, tali air atau hilir sungai, bukannya di kawasan hulu sungai yang mempunyai air jernih seperti kawasan cegar dan jeram.
Ramai penternak mengadu ikan mereka mati setelah seminggu dua di masuk ke dalam kolam ternakan. Bila ditanya keadaan air kolam, penternak membiarkan air mengalir keluar - masuk. Tujuan baik, tapi tidak kena pada tempatnya.
Ikan keli tidak seperti ternakan lain seperti talapia, lampan atau baung yang memerlukan air sentiasa keluar-masuk ke dalam kolam. Kematian ternakan dan petumbuhan ikan ini terbantut sekiranya diternak di dalam air jernih.
Ikan berbau
Penternak mungkin memikirkan ternakan akan berbau sekiranya diternak dalam air hijau/keruh. Walaupun hijau, air kolam mesti dimasukkan secara berkala bagi mengelak air berbau.
Hasilkan air hijau
Pada kebiasaannya bila anak ikan dimasukkan dalam tempoh seminggu air kolam akan menjadi hijau. Namun penternak boleh menggunakan medium sokongan iaitu bahan-bahan organik bagi tujuan menghasilkan air hijau di peringkat awal. Tinja lembu kering dan baja tinja ayam antara yang biasa digunakan penternak disebabkan kos lebih murah berbanding baja kimia.
Diharap penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit gambaran berkenaan kualiti air bagi ternakan keli terutamanya kepada mereka yang baru menceburi bidang ini.
PVH Mei 2009

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise