Masalah talian internet di Kelantan
Salam
pergauhatchery.com masih dalam proses pembikinan, buat masa sekarang pihak PVH menghadapi masalah talian internet akibat dari kerenah birokrasi pembekal talian jalur lebar di kawasan kami.
Setelah hampir setahun menunggu, permohonan pihak kami masih tiada respon di pihak terbabit. Buat sementara waktu kami cuba menggunakan saluran terhad yang lain seperti cc atau rangkaian selular.
Pihak kami terkilan dengan kerenah birokrasi syarikat teleco tempatan khususnya di negeri ini yang kurang prihatin dengan keperluan industri kecil dan sederhana, SME (small medium enterprise) tempatan terhadap talian internet jalur lebar. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan membuka pintu industri jalur lebar negara kepada pihak luar, ini bagi membentuk satu persekitaran persaingan yang sihat demi kebaikan pengguna dan industri itu sendiri.
Masalah dan kesukaran terhadap capaian jalur lebar turut sama dialami oleh rakan-rakan niaga di sekitar daerah ini. Ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada komuniti ini, sekaligus merencat maltamat kerajaan dalam menjadikan SME antara enjin penjana ekonomi negara.
Diharap luahan terbuka seperti ini dari komuniti niaga/usahawan terhadap kelemahan serta masalah rangkaian infrastruktur telekomunikasi di negeri ini dapat membuka jalan penyelesaian. Semoga pihak terbabit lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap permasalahan sebegini.
sekian.
In Section: Artikel Terkini - Terkini
Terkini
- Teknologi pembuatan kolam konkrit atau kolah bagi ternakan keli
- Anak talapia merah
- claim subsidi anak ikan keli tidak seragam: rungutan penternak
- Peralatan pagar elektrik
- Ibu pagar elektrik
- Musim kemarau serta ikan keli
- Stok benih keli bagi bulan puasa
- beli benih keli: apa yang anda patut tahu, tips Pergau Hatchery
- Kemaskini info jangka pengeluaran anak: Berita baik buat pelanggan Pergau Hatchery
- anak keli saya cepat mati, kenapa ?
Kalendar PVH
Pengeluaran pusingan ke - 6
untuk bulan Ogos 2010
Benih keli dijangka keluar pada akhir minggu ke-2 Ogos
stok 200k anak 2.5 inci
hubungi pvh untuk tempahan dan pembelian.
kemaskini 2 Ogos 2010





