1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Lawatan consultant dari KL

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.

Read more...

Permintaan talapia merah tinggi

Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.

Read more...

kerja naik taraf kolam asuhan

Kerja-kerja naik taraf kolam asuhan dibuat sepanjang April ini sehingga pertengahan Mei, maka operasi pembenihan diberhentikan buat sementara waktu.

Read more...

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...
  • Lawatan consultant dari KL

    Lawatan consultant dari KL

  • Permintaan talapia merah tinggi

    Permintaan talapia merah tinggi

  • kerja naik taraf kolam asuhan

    kerja naik taraf kolam asuhan

  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

Previous
Next
  • Banner

www.pergauhatchery.com

Tips ringkas pemasangan pagar elektrik pertanian

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - pagar elektrik

Written by PVH Thursday, 02 February 2012

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit.

Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar. Paling bagus kalau boleh buat jalan ikut laluan tepi pagar ini.  Ini banyak menjimatkan masa/kerja pemasangan pagar nanti dan juga kerja-kerja selenggara di kemudian hari.

Satu lagi elakkan teres rapat-rapat tepi sempadan tanah, susah nanti masa nak pasang pagar.

- kerja-kerja membersih lorong pagar, banyak makan masa ketika kerja pemasangan pagar elektrik dilakukan


Ternakan keli, berapa bulan baru boleh jual ?

PDFPrintE-mail

Artikel aqua - Ternakan Keli

Written by PVH Thursday, 02 February 2012

Ini antara soalan lazim, yang Pergau Hatchery terima dari pembeli/penternak baru.

Ikan keli dari baka keli afrika biasa tempoh ternakannya antara 3-4 bulan. Ini kadar biasa. 4 bulan diternak, hampir 80-90% ikan sudah capai standard saiz pasaran tempatan iaitu 5-7 ekor/kg. Rata-ratanya di peringkat industri, ternakan keli ini hanya diberi makan sekali sehari sahaja.

Teknologi pembuatan kolam konkrit atau kolah bagi ternakan keli

PDFPrintE-mail

Artikel aqua - Kolam

Written by PVH Monday, 02 August 2010

Artikel siri 1 : Teknologi pembuatan kolam konkrit bagi ternakan keli - mana lebih kukuh

pembinaan_kolah_1Keli juga diternak dalam kolam konkrit. Terdapat pelbagai saiz kolam konkrit ini dibina antara yang popular 10kaki x 20 kaki , 20 kaki x 40 kaki sehingga bersaiz lebih besar. Dengan ketinggian 2.5 kaki sehingga 4 kaki.

Kolam ini ialah pilihan bagi mereka yang tiada tanah sesuai untuk menternak keli. Dari segi pengurusan kolam konkrit memberi kelebihan kepada penternak seperti greding dan penuaian ternakan. Namun dari segi kos ini mungkin sedikit membebankan pengusaha pada peringkat awal.


Tips ternakan keli di musim banjir

PDFPrintE-mail

Artikel aqua - Ternakan Keli

Written by PVH Sunday, 05 December 2010

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh penternak keli ialah musim banjir. Ini dibantu oleh persekitaran industri ini yang rata-rata terletak di kawasan tanah rendah. Di Malaysia musim monsun  timur laut yang bermula sekitar hujung Oktober sehingga akhir Febuari merupakan musim banjir kepada beberapa negeri di pantai timur semenanjung seperti Kelantan, Terrenganu, Pahang .

Bagaimana untuk bermula sebagai seorang pengusaha akuakultur

PDFPrintE-mail

Artikel aqua - Artikel Aqua

Written by PVH Friday, 10 June 2011

Tidak dinafikan ramai di luar sana berminat untuk menjadi seorang pengusaha dalam bidang ini. Baik sebagai penternak secara amnya, pengeluar makanan ternakan, pengusaha ikan hiasan, pengeluar benih ikan dan pembekal peralatan ternakan. Namun ramai tidak pasti bagaimanakah caranya untuk bermula dalam bidang aquakultur.

Apakah kriteria yang diperlu sebagai pengusaha dalam bidang ini. Kekurangan pengetahuan berkenaan prospek bidang ini membantut minat usahawan untuk mencuba. Di sini, kami di Pergau Hatchery akan menyenaraikan sepintas lalu berkenaan elemen yang perlu ada sekirannya anda ingin serius dalam bidang ini.


Page 2 of 4

Laman

  • Banner