1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Lawatan consultant dari KL

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.

Read more...

Permintaan talapia merah tinggi

Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.

Read more...

kerja naik taraf kolam asuhan

Kerja-kerja naik taraf kolam asuhan dibuat sepanjang April ini sehingga pertengahan Mei, maka operasi pembenihan diberhentikan buat sementara waktu.

Read more...

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...
  • Lawatan consultant dari KL

    Lawatan consultant dari KL

  • Permintaan talapia merah tinggi

    Permintaan talapia merah tinggi

  • kerja naik taraf kolam asuhan

    kerja naik taraf kolam asuhan

  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

Previous
Next
  • Banner

Pagar elektrik untuk tanaman

PrintE-mail

Produk

PAGAR ELEKTRIK BAGI TANAMAN

Di sini pihak PVH menyenaraikan beberapa tanaman utama di negara ini yang menggunakan sistem pagar elektrik bagi tujuan perlindungan tanaman diperingkat awal sehingga tempoh memungut hasil tanaman.

 

Tanaman getah


Secara umumnya sistem pagar elektrik untuk mengelak dari ancaman binatang seperti babi hutan, gajah, badak, kera, rusa serta kijang dari menyerang anak getah pada peringkat awal tanaman iaitu 1 hingga 3 tahun.

Selain itu pagar elektrik menghalang haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan biri-biri dari memakan anak getah.

Kebanyakan pekebun kecil dengan keluasan tanah antara 3-6 ekar menggunakan sistem pagar elektrik di sekitar Kelantan selatan iaitu di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

 

Serangan babi hutan terhadap anak getah menjadi ancaman utama bagi pekebun kecil di sekitar kawasan ini.

Selain orang peseorangan, agensi kerajaan seperti Risda turut sama menggunakan pagar elektrik untuk pekebun kecil di bawah seliaannya.






Tanaman kelapa sawit

Kelapa sawit, turut menghadapi ancaman sama seperti tanaman getah. Serangan dari gajah liar dani babi hutan pada peringkat awal tanaman merupakan perkara rutin yang dihadapi oleh mana-mana ladang di negara ini.

Sistem pagar elektrik terbukti berkesan menangani dari serangan binatang liar ini. Bagi serangan gajah liar, sistem pagar elektrik yang lebih berkuasa perlu digunakan. Teknologi panel solar merupakan penyelesaian masalah sumber kuasa bagi ladang yang terletak jauh dari penempatan.

Tanaman salak madu dan pisang

Tanaman salak madu dan pisang antara pendapatan sampingan bagi masyarakat tani. Tanaman ini turut menghadapi ancaman terutamanya dari babi hutan yang mensasarkan pada buah salak serta batang pisang muda.

Selain itu pada kawasan tertentu terdapat ancaman dari spesies kera dan beruk yang mensasarkan pada buah salak yang hampir matang.

Sistem pagar elektrik terbukti sebagai penyelesaian yang berkesan kepada pengusaha kedua-dua tanaman dalam menangani masalah ini berbanding kaedah konvesional yang lain.

 

 

 

Kebun sayur dan tanaman jagung

Bagi tanaman sayuran, kebiasaannya ancaman dari haiwan ternakan seperti lembu atau kambing yang memakan tanaman sayuran. Manakala bagi lokasi yang terletak jauh dari penempatan, babi hutan turut menjadi ancaman utama iaitu merosakkan tanaman dengan memakan batang atau buah.

Di setengah-tengah kawasan terdapat kes tertentu, di mana spesies kera atau beruk memungut hasil tanaman yang hampir matang seperti jagung dan labu. Pagar elektrik terbukti memberi penyelesaian yang berkesan bagi ancaman seperti ini.

Laman

  • Banner