2 sebab utama kenapa insulator pagar elektrik penting
Written by PVH Wednesday, 02 November 2011
Artikel Terkini - pagar elektrik

gambar 1: insulator yang diperbuat dari bahan khas kalis air
Majoriti pembeli pagar elektrik pada peringkat awal mengabaikan penggunaan pelapik atas alasan kos dan kerumitan untuk memasangnya. Ini ditambah dari cerita kedai kopi sekitar kampung tentang pemasangan pagar elektrik yang rata-ratanya tidak betul. Masing-masing balik pasang dengan tersenyum yakin.
Namun apabila pagar yang dipasang tidak beroperasi seperti diharapkan, masing-masing barulah menyesal dengan anak getah atau sawit yang dibaham oleh musuh. Itu belum termasuk kos membeli pagar elektrik. Harga anak getah sekarang bukannya murah seperti 5-6 tahun dulu.
Kes seperti ini, sudah menjadi rutin saban tahun untuk kami di PVH selesaikan.
Antara punca, kenapa babi tetap masuk walaupun kebun sudah dipagar elektrik ialah pekebun tidak memakai insulator yang dikhaskan sebagai pelapik yang memegang tali poli/ dawai pagar. Pekebun cuba berjimat cermat tapi tidak kena pada tempatnya.
Tidak seperti pagar biasa, sistem pagar elektrik agak teknikal atau dengan bahasa kampungnya, pengguna perlu mengikut segala peraturan asasnya. Pagar elektrik tak ubah seperti sistem paip air di rumah anda, sekiranya ada bocor walaupun sedikit pada permulaan paip sehinggalah sampai ke rumah anda. Jawabnya tak merasa air lah.
gambar 2: contoh tiang pagar yang gunakan pelapik tiub - sistem pagar babi
Begitu juga, pagar elektrik sekiranya setiap tiang pagar berlaku kebocoran arus elektrik. Jawabnya di hujung pagar sana, anda boleh pegang. Jawabnya lagi babi senang-senang akan masuk baham anak getah. Kami di Pergau Hatchery selalu mengambarkan situasi sebegini untuk mudahkan pembeli paham kenapa insulator sangat penting.
Ini diburukkan lagi dengan cuaca di negara kita, yang selalu ditimpa hujan. Arus elektrik dengan air, umpama aur dengan tebing. Pagar elektrik tanpa insulator ketika waktu hujan, arus elektrik mengalir terus bersama air hujan tadi ke dalam tanah. Harus diingat sistem pagar ini mempunyai sistem arus bumi. Litar pagar hanya lengkap bila arus dari tali pagar bersentuh dengan arus bumi.
Dalam situasi hujan ini, sistem pagar elektrik yang buruk ini akan sentiasa bekerja. Kesannya kedua yang harus diterima bagi tiada pelapik, energizer pagar akan cepat rosak. Ini energizer ini kerana sentiasa bekerja 24 jam. Umpama enjin kereta yang sentiasa dipaksa, lama kelamaan kong. Untuk rekod kami, setakat ini ada pembeli yang hanya sempat pakai 2 bulan saja. Energizer beliau rosak kerana litar pagar yang buruk iaitu tanpa insulator.

Manakala untuk rekod PVH ada energizer yang mampu bertahan sehingga lebih dari 10 tahun kerana litar pagarnya yang cukup lengkap syaratnya iaitu pembeli memasang insulator pada setiap tiang pagar. Insulator pagar elektrik ini dibuat dari bahan khas yang kalis air, senang cerita macam daun keladi dengan air.
Ringkasan artikel ini:
- Pagar anda bocor, bila bocor musuh senang masuk
- Energizer anda cepat rosak
Diharap artikel ini dapat memberi penjelasan yang lebih jelas kepada bakal pembeli/pengguna di luar sana.
Hakcipta Artikel
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan#1 Jan - Feb 2012
Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012
-stok benih 1.5 & 2 inci
pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012
kemaskini 17/2/2012

Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.

Pergau Hatchery Enterprise