Pallet starter penting untuk anak keli
Written by PVH Thursday, 04 March 2010
Artikel aqua - Makanan Ternakan
Dewasa ini ramai berjinak-jinak dengan ternakan keli baik secara komersil atau untuk makan sendiri.
Dalam banyak-banyak kaedah ternakan keli, ada juga tertinggal atau mungkin tidak tahu bertapa pentingnya makanan awalan atau starter bagi anak keli.
Kami di Pergau Hatchery sendiri, sering kali ditanya berkenaan perkara ini. Ada yang bela ikan tak besar-besar, bila ditanya makanan apa yang diberi, jawabnya finisher pallet atau pallet untuk ikan dewasa.
Ini satu pemahaman yang silap bagi seorang penternak. Mungkin anda merasa kaedah sebegini dapat menjimatkan kos ternakan. Namun sebenarnya jatuh rugi dari segi masa kerana ikan tidak membesar sedangkan kos pallet terpaksa dikeluarkan.
Secara puratanya untuk starter, kadar protein mentah sekitar 30% ke atas, lagi besar lagi bagus tetapi kos pun bertambah. Harus diingat dalam kata lain kita membeli protein sebenarnya bagi makanan ikan.
Starter pilihan kami,
Pallet cap katak dari Thailand. Bagi negeri bersempadan dengan siam pallet ini senang didapati, tetapi hargaya agak mahal sedikit berbanding dengan jenama lain. Pallet ini menjadi pilihan kebanyakan hatchery kerana kualitinya. Kandungan proteinnya sekitar 40%.
Namun tidak semestinya mengunakan jenama ini, kami ada juga pakai starter dari jenama dindings tetapi tahap pembesaran agak perlahan sedikit.
Namun sekiranya penternak bertanyakan kepada kami atau ingin membeli pallet starter, kami akan syorkan pallet katak. Amat ketara perbezaan pembesaran anak.
Kesimpulannya, anak keli kecil perlu diberi pallet starter supaya anak dapat membesar dengan baik. Setelah mencapai saiz yang sesuai, kemudian barulah diberi pallet lain.
Artikel Popular
- Sistem pagar elektrik
- Makanan ternakan ikan keli - proses sendiri
- Ternakan Ikan Keli
- Sistem pagar elektrik bagi ternakan
- Energizer pagar elektrik
- Pagar elektrik untuk tanaman
- Sistem ternakan ikan keli
- Peralatan pagar elektrik
- Benih keli PVH
- Latarbelakang Pergau Valley Hatchery
- Kepentingan Aquakultur
- Jadi penternak ikan
- Kualiti air bagi ikan keli
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan Jan - Feb 2012
PVH sudah mula beroperasi. Stok benih terbaru dijangka keluar sekitar 10 febuari 2012
kemaskini 20/1/2012

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise