Teknologi pembuatan kolam konkrit atau kolah bagi ternakan keli
Written by PVH Monday, 02 August 2010
Artikel siri 1 :Teknologi pembuatan kolam konkrit bagi ternakan keli - mana lebih kukuh
Keli juga diternak dalam kolam konkrit. Terdapat pelbagai saiz kolam konkrit ini dibina antara yang popular 10kaki x 20 kaki , 20 kaki x 40 kaki sehingga bersaiz lebih besar. Dengan ketinggian 2.5 kaki sehingga 4 kaki.
Kolam ini ialah pilihan bagi mereka yang tiada tanah sesuai untuk menternak keli. Dari segi pengurusan kolam konkrit memberi kelebihan kepada penternak seperti greding dan penuaian ternakan. Namun dari segi kos ini mungkin sedikit membebankan pengusaha pada peringkat awal.
Kolah yang mana lebih kukuh
Dalam pembuatan kolam konkrit terdapat 2 cara. Pertama menggunakan bata blok sama ada jongkong simen atau bata merah untuk asas pembinaan dinding kolam. Kaedah kedua menggunakan sepenuhnya konkrit simen bagi dinding kolam. Antara kedua kaedah di atas manakah sebenarnya lebih menguntungkan pengusaha.
Ok di sini PVH cuba banding kedua-duanya.
Kaedah pertama (blok jongkong)
Dari segi kos, agak jimat. Kerana kurangnya guna simen, hanya untuk mengikat blok simen dan tampal (plas) dinding kolam sahaja. Ini kerana asas dinding kolam dibina dari blok jongkong tadi. Ini mungkin kita nampak dari mata kasar. Ok itu betul, tetapi PVH akan nyatakan kemudian.
Kaedah kedua (konkrit sepenuhnya)
Dari segi kos, mungkin pengusaha nampak lebih banyak modal diperlukan. Disebabkan keseluruhan dinding kolam dibina dari konkrit sepenuhnya. Tak salah jika anda berpendapat demikian. Namun kami di PVH ada alasan yang lebih kukuh dalam menjawab kedua-dua situasi ini.
Perkaranya ini dibangkitkan ketika seorang penternak dari Pasir Mas, Kelantan menanyakan tentang kenapa kolam kami dibina dari konkrit sepenuhnya.
Pelaburan jangka panjang
Sekiranya anda ingin berhajat untuk menternak dalam satu tempoh panjang di nasihatkan membina kolam anda berdasarkan kaedah ke-2. Kenapa PVH mensyorkan demikian. Ini kerana pihak kami sendiri mempunyai pengalaman pembinaan kolam baik dari kaedah pertama dan kedua.
Dalam tempoh jangka masa panjang kaedah ke-2, iaitu pembinaan dinding kolam sepenuhnya dari konkrit terbukti mampu bertahan sehingga lebih dari 10 tahun. Berbanding kaedah pertama, kolam hanya mampu bertahan dalam tempoh singkat.
Kolam ternakan agak berbeza dengan kolah menyimpan air, ini kerana pengerakan ikan di dalam kolam menghasilkan arus atau dengan bahasa kampungnya ‘ air keluar masuk ke dalam dinding kolam tersebut’.
Sekiranya asas dinding kolam itu dibina dari bata simen, pengerakan keluar masuk air melemah struktur bata jongkong itu sendiri, sekaligus memberi kesan kepada keseluruhan struktur dinding kolam itu. Kesannya akan berlaku kebocoran pada dinding. Kebiasaannya lantai kolam tidak memberi masalah kerana dibina sepenuhnya dari konkrit.
Kurangkan kos
Pengusaha tidak perlu membina dinding kolam terlampau tebal sekiranya mengunapakai kaedah pertama tadi, sekitar 3 inci sudah memadai tetapi perlu dilampirkan dengan besi penyokong, ini penting bagi menghalang dinding kolam daripada runtuh. Ini sekaligus menjimatkan kos.
Kami sendiri mempunyai kolah berketebalan ini dibina sepenuhnya dari konkrit sekitar 15 tahun yang lepas terbukti dapat bertahan hingga kini. Berbanding dari blok jongkong hanya sekitar 3-5 tahun, dalam tempoh ini akan bermula masalah kebocoran pada dinding.
Senang kerja
Kaedah ke-2 turut memudah kerja pembinaan, kerana pengusaha hanya perlu mengisi konkrit ke dalam kotak konkrit. Berbanding kaedah pertama beberapa peringkat kerja pembinaan perlu dilakukan iaitu mengikat blok jongkong dan kemudian menampal (plas) simen.
Ketinggian kolam
Kolam untuk menternak keli tidak perlu tinggi sangat sekadar 3 – 4 kaki sudah memadai dari ikan melompat keluar, pernah pihak PVH terserempak dengan pengusaha yang kreatif iaitu kolam beliau hanya berketinggian 2kaki sahaja.
Sekiranya pengusaha membina kolam yang terlalu tinggi selain terpaksa mengeluarkan duit lebih tambahan.
Kolam tinggi, menyukarkan penternak dalam proses pengurusan ternakan terutamanya semasa peringkat penuaian iaitu perlu tenaga lebih untuk mengangkat keluar hasil ternakan sedangkan jika diteliti dinding kolam yang tinggi bukanlah satu keperluan sebenarnya. Kerana ternakan keli diternak pada sekitar kedalaman air 1-2 kaki.
Jadi kenapa pengusaha perlu membina kolam begitu tinggi ?
Lain kaedah
Terdapat sebuah pusat transit di Seri Kembangan Selangor, pengusaha berbangsa cina ini membina kolam beliau dari bata tanah liat atau bata merah. Tetapi hampir kesemua kolam disitu ditampal mozek baik dinding dan lantai kolam. Kesanya air tidak meresap masuk ke dalam dinding kolam ini memanjang tempoh hayat kolam.
Ini mungkin tidak efektif bagi kolam ternakan yang besar. Namun senibina seperti ini mungkin boleh menjadi pilihan pengusaha yang ingin tampil dengan kolam yang lebih menarik tetapi lebih kukuh di masa hadapan.
Di harap info dari Pergau hatchery ini, dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang keliru dengan pilihan dalam membina kolam konkrit yang terbaik untuk ternakan keli.
sekian
Artikel Popular
- Sistem pagar elektrik
- Makanan ternakan ikan keli - proses sendiri
- Ternakan Ikan Keli
- Sistem pagar elektrik bagi ternakan
- Energizer pagar elektrik
- Pagar elektrik untuk tanaman
- Sistem ternakan ikan keli
- Peralatan pagar elektrik
- Benih keli PVH
- Latarbelakang Pergau Valley Hatchery
- Kepentingan Aquakultur
- Jadi penternak ikan
- Kualiti air bagi ikan keli
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan Jan - Feb 2012
PVH sudah mula beroperasi. Stok benih terbaru dijangka keluar sekitar 10 febuari 2012
kemaskini 20/1/2012

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise