kenapa perlu greding ikan keli
Written by PVH Saturday, 12 December 2009
Artikel aqua - Kaedah Ternakan
Segelintir penternak keli menyedari teknik greding (pilih besar tinggal kecil) antara kunci kejayaan dalam penternakan spesies catfish ini. Namun bukan semua sedar kepentingan teknik ini. Khususnya yang baru masuk dalam bidang ini.
PVH memberi sedikit info berkenaan kaedah ini dari segi mengapa ianya perlu dan kesan pada ternakan.
KENAPA PERLU GREDING ?
Sifat canabilisme ikan ini secara semula jadi tidak dapat dielak. Terkenal memakan sesama sendiri, sifat ini lebih ketara apabila ikan diternak dalam saiz tidak sekata. kaedah pengurusan seperti greding merupakan solusi terbaik, mudah dan lebih murah dalam menangani perkara ini.
Bagaimana untuk greding keli ?
Tengok dari segi saiz ikan, sekiranya dalam kelompok ternakan itu terdapat segelintir ikan yang lebih besar atau ketara pembezaan saiznya. Perlu diasingkan sama ada diternak di tempat lain atau dituai jual.
Untuk mengasingkan, kebiasaannya bagi pengusaha kolam tanah, guna pukat. Bagi ternakan kolam tanah, sudah memadai sekiranya ada pukat bersaiz 1'inci, di mana keli akan digreding dalam usia 2 bulan. Namun perkara ini relatif ada mula digreding sekitar sebulan lebih, ini bergantung kepada kualiti dan saiz anak benih.
Sifat anomali
Anak keli yang terlampau cepat membesar atau bersifat anomali ini tidak dapat lari. Kerana dalam hatcheri sendiri bagi satu-satu edisi keluaran anak terdapat sebilang kecil yang cepat membesar atau lebih dikenali 'kepala air'. Peratusannya kecil tetapi jika tidak diurus dengan baik memberi kesan besar keseluruhan ternakan. Ini pentingnya greding untuk menangai perkara sebegini.
'Kepala air' ini yang biasanya memakan anak yang bersaiz lebih kecil, bayangkan seekor anak bersaiz 3 inci ini dapat menelan purata 7-10 anak bersaiz 1 inci. Jadi anda tidak perlu terkejut atau hairan dengan fakta ini. Mungkin fakta dari PVH ini menjawab persoalan anda sebelum ini sekiranya, tiba-tiba anak keli anda menghilang? ini antara salah satu sebab.
Kesan pada pola pemakanan
Selain dari memakan sesama sendiri, keli yang lebih besar akan memberi kesan kepada keseluruhan dari segi pola pemakanan. Secara rutinnya bagi ternakan keli, penternak hanya menabur atau meletak makanan di satu kawasan saja dalam kolam ternakan. Jadi ikan akan bertumpu di situ untuk makan.
Sekiranya ada yang besar lebih besar, ikan-ikan lain yang bersaiz lebih kecil akan melarikan diri atau memencil dari kawasan itu.
Kesannya, kepada keseluruhan ternakan akan terencat pembesaran kerana secara puratanya pada saiz ini (ikan lebih kecil) membabitkan sebahagian besar ternakan.
Artikel Popular
- Sistem pagar elektrik
- Makanan ternakan ikan keli - proses sendiri
- Ternakan Ikan Keli
- Sistem pagar elektrik bagi ternakan
- Energizer pagar elektrik
- Pagar elektrik untuk tanaman
- Sistem ternakan ikan keli
- Peralatan pagar elektrik
- Benih keli PVH
- Latarbelakang Pergau Valley Hatchery
- Kepentingan Aquakultur
- Jadi penternak ikan
- Kualiti air bagi ikan keli
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan Jan - Feb 2012
PVH sudah mula beroperasi. Stok benih terbaru dijangka keluar sekitar 10 febuari 2012
kemaskini 20/1/2012

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise