1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Lawatan consultant dari KL

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.

Read more...

Permintaan talapia merah tinggi

Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.

Read more...

kerja naik taraf kolam asuhan

Kerja-kerja naik taraf kolam asuhan dibuat sepanjang April ini sehingga pertengahan Mei, maka operasi pembenihan diberhentikan buat sementara waktu.

Read more...

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...
  • Lawatan consultant dari KL

    Lawatan consultant dari KL

  • Permintaan talapia merah tinggi

    Permintaan talapia merah tinggi

  • kerja naik taraf kolam asuhan

    kerja naik taraf kolam asuhan

  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

Previous
Next
  • Banner

Teknik asas rawatan air kolam

PDFPrintE-mail

Artikel aqua - Urus air

Penternak sering kali tertanya-tanya apakah teknik terbaik untuk merawat sumber air kolam mereka. Bagi yang baru, golongan ini mesti telah mencuba pelbagai teknik dari mekanikal sehinggalah rawatan kimia.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk merawat sumber air ke dalam kolam ternakan anda. Bergantung kepada jenis ternakan dan kolam yang diguna pakai.

PVH ingin berkongsi satu teknik paling asas dalam merawat sumber air kolam ternakan. Teknik ini murah dan senang digunakan.

Setiap kolam ternakan mesti mempunyai sumber air tersendiri sama ada dari sungai dan bekalan air bawah tanah (air boring atau telaga). Air dari sumber sebegini kaya dengan kandungan mineral.

Sebelum digunakan dalam kolam ternakan sumber air ini perlu dikumpulkan dalam satu tempat dan diheningkan (dibiarkan) sekurang-kurangnya sehari semalam. Ini bertujuan memendapkan bahan-bahan terlarut dalam air seperti kelodak atau lumpur.

Hasilnya, air yang lebih bersih dapat digunakan untuk kolam ternakan. Teknik diguna meluas terutamanya bagi sumber air bawah, kerana kandungan bahan terlarutnya lebih tinggi. Selamat mencuba.

 

Laman

  • Banner