bina kolam ikan, tolong ikut saiz yang betul
Written by PVH Thursday, 25 February 2010
Ada sebilang pengusaha baru yang datang mendapatkan benih keli dari PVH, ramai bertanyakan bagaimana nak buat kolam yang betul. Ada yang bertanya, setelah kolam dah siap digali.
Ada yang membina kolam terlampau luas hingga berhektar tanah. Ada yang bina terlampau sempit hingga jatuh rugi kalau dikira sewa excavator.

kolam udang memerlukan saiz yang luas
Kes sebegini banyak terjadi. Salah bina kolam.
Di sini, Pergau Valley Hatchery ingin menasihatkan pengusaha terutamanya yang baru menceburi bidang ini, sila ambil berat sedikit berkenaan saiz kolam yang ingin dibina.
Tolong bina dalam saiz yang sesuai. Ikut keperluan, adakah kolam anda itu untuk:
- kolam ternakan
- kolam pancing
- kolam hatchery
- kolam rekreasi
Bagi pengusaha baru, seeloknya anda bermula dengan saiz kolam yang sederhana iaitu sekitar 30 kaki x 70 kaki. Pada saiz ini untuk ternakan keli anda boleh memasuk ternakan sekitar 20 – 35k benih keli.
Kolam yang terlampau luas, merugikan golongan pengusaha baru dalam beberapa aspek contohnya:.
- Kolam tidak digunakan sepenuhnya, contohnya sekiranya untuk kolam seluas satu ekar, kebanyakan penternak tidak mengisi kolam sepenuhnya. Kebiasaan pengusaha baru letak benih sekitar 20 ribu ke bawah.
- Hadkan penggunaan kolam. Kebiasaanya perangai pengusaha baru, mereka akan cuba mencampur aduk ternakan seperti keli, tilapia dan patin sekali. Semua satu kolam. Pada saiz sederhana, beberapa kolam dapat dibina di kawasan itu. Maka ikan ini boleh ditempat dalam kolam berlainan.
- Pengurusan kolam. Kolam yang besar memerlukan pengurusan yang baik sama ada di peringkat perjagaan benih, pertengahan ternakan dan tuaian. Ini dibantu dengan rekabentuk kolam yang baik. Secara lazimnya tidak mendatang masalah bagi yang berpengalaman.
Saya tidak kata salah membina kolam luas, contohnya untuk ternakan udang, kebanyakan kolam bersaiz mega. Cuma di sini dari segi penternak baru kurang sesuai. Ini berdasarkan pemerhatian Pergau Hatchery selama ini.
Mungkin ramai mendapat gambaran kolam dari media massa atau sumber luar sahaja tanpa merujuk pihak yang arif dan berpengalaman. Ringan-ringankan mulut, bertanya kepada pihak berkenaan.

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise