Skip to Menu Skip to Content Skip to Footer

Sekilas

  • 2010 - selamat tahun baru 2010 dan maju jaya dari PVH
  • PVH - mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada muslimin
  • ANAK KELI - dapatkan anak keli bermula dari 5sen keluaran PVH
  • 2009 Aquakultur - Semoga kedatangan 2009 membawa kebaikan bersama kepada komuniti Aquakultur Malaysia!

Saiz sebenar anak keli kanvas

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Oleh PVH Isnin, 08 Februari 2010 04:59

Saiz anak keli bagi keli kanvas ?

Ramai tertanya-tanya apakah saiz sebenar anak yang boleh dimasukkan ke dalam tangki kanvas.

Rata-rata memperkatakan 3 inci adalah saiz standard yang dimasukkan. Ini adalah saiz ukuran 'orang pejabat' seperti jabatan perikanan atau peladang kawasan. Saiz ini ditetapkan oleh mana-mana jabatan. Kebiasaanya 3inci dan 4 inci, lagi besar lagi bagus.

Namun bagi pihak hatchery dan penternak komersil sebenarnya saiz 2 inci dan 2.5 inci sudah boleh dimasukkan ke dalam kanvas. Saiz ini terbukti tempoh pembesaran lebih kurang sama dengan anak 3 inci dan kelebihannya pada kosnya lebih rendah.

Kekeliruan saiz

Kekeliruan sering terjadi terutamanya bagi penternak yang baru menternak keli kanvas. Di Pergau Hatchery sendiri, apabila ditawarkan saiz 2.5 inci ramai menolak, kerana pemahaman hanya anak keli 3 inci ke atas boleh diternak dalam kanvas.

Pemahaman sebegini kurang tepat, sebagai pengusaha kita perlu mengambil kira kos anak, di mana semakin besar anak semakin meningkat kos keseluruhan ternakan. Melainkan anda mendapat anak free atau subsidi.

Fakta ini telah mengambil kira perbandingan pembesaran saiz 2 inci dengan 3 inci di dalam kanvas. Jadi sekiranya anda bertanya adakah saiz 2 inci boleh diternak di dalam kanvas, jawapannya 'boleh'.

Kes Anak Mati

Kes anak mati, bukan hanya kerana faktor saiz anak, anak sebesarnya 3 - 4 inci pun boleh mati mengejut di dalam kanvas, malah tidak terkecuali juga di dalam kolam tanah.

Di sini terletaknya faktor kualiti anak keli dari segi tempoh usia anak dituai, distok dan pengurusan anak di hatchery. Contohnya bagi anak 2 - 2.5 inci berusia sekitar 16 -25 hari, sekiranya anak distok terlalu lama di tempat sempit, terpaksa dipulihkan terlebih dahulu.

kesimpulannya, sebenarnya terdapat 2 ketogeri saiz anak keli kanvas. Satu bersaiz 2 - 2.5 inci iaitu saiz penternak komersil dan saiz 3 inci ke atas (saiz orang perjabat).

Pilihan terletak di tangan penternak.   

In Section: Artikel aqua - This article belongs to category: Ternakan Keli

Kalendar PVH

Pengeluaran pusingan ke - 3

untuk bulan feb/mac

anak 2 - 3 inci, stok terbaru keluaran awal Mac. dapatkan sekarang.

Selamat Datang

ke laman pergauhatchery.com, sebuah pusat pembenihan ikan air tawar di Malaysia

Mengenai kami

Selamat datang ke pergauhatchery.com, laman ini dibangunkan bersama mohdazrul.com

Paparan laman

Dapatkan paparan terbaik laman ini di Firefox