Sistem ternakan ikan keli
Written by PVH Monday, 01 February 2010
Kaedah Ternak Ikan Keli?
bagi yang baru dengan bidang aquakultur atau ternakan air tawar, akan tertanya-tanya apakah kaedah terbaik menternak ikan keli sebenarnya.
Adakah dalam kolam iaitu kolam tanah atau kolam konkrit, ternakan sangkar, tangki fiberglass, ternakan kanvas dan pelbagai kaedah termaju seperti sistem berkonsep biofilter (contohnya RAS ) atau mekanikal filter?
Sebelum memberi jawapan kepada persoalan ini, di sini Aquabase lampirkan sedikit info asas kaedah ternakan dalam aquakulur.
Secara asasnya hanya terdapat 2 sistem asas kaedah ternakan dalam aquakultur iaitu sistem ternakan terbuka dan sistem ternakan tertutup. Kedua-duanya diamalkan berdasarkan kepada kriteria berikut: iklim setempat, bentuk rupa bumi, keperluan habitat asal ternakan, keperluan piawaan pasaran dan tujuan utama ternakan itu serta modal yang sanggup dilaburkan oleh seorang pengusaha itu sendiri.
Kolam tanah contoh paling jelas kepada sistem ternakan terbuka. Antara yang mengamalkan sistem separa tertutup seperti kolam konkrit, tangki fiber, kanvas manakala sistem RAS yang mempraktikan sepenuhnya amalan sistem ternakan tertutup. Berbalik kepada persoalan asal manakah kaedah terbaik bagi memulakan projek ternakan keli ialah:
- Tujuan asal ternakan, adakah untuk komersil atau suka-suka (hobi). Di sini ramai mereka yang keliru pada peringkat awal menceburi diri dalam bidang ini, ada yang sekadar hobi menternak ikan keli sahaja atau ingin menjadikan sumber pendapatan utama. Sekiranya kita dapat membezakan secara jelas, bererti kita dapat tertentu kaedah ternakan yang sesuai. Bagi tujuan komersil, kelebihan masih lagi terletak pada sistem terbuka iaitu kolam tanah dan konkrit. Untuk hobi kaedah ternakan dalam tangki fiberglass antara pilihan yang tepat.
- Bentuk muka bumi. ini merangkumi lokasi ternakan, adakah seorang pengusaha mempunyai tanah yang sesuai, sumber air yang mencukupi dan sistem sokongan seperti elektrik, air dan jalan. Contohnya kawasan tasik, lombong dan sungai lebih sesuai gunakan kaedah sangkar bagi ternak keli. Tidak semua tanah sesuai untuk membina kolam ternakan contohnya tanah pasir dan berselut. Kawasan banjir elakkan terus dari membina kolam. Contohnya sistem kanvas sesuai diamalkan persekitaran urban sekaligus memberi peluang kepada golongan yang mempunyai ruang terhad untuk menternak.
- Piawaan pasaran harus diambil kira, terdapat pembezaan kriteria keperluan antara pasaran demostik dan eksport. Bagi pasaran eksport, selain keperluan piawaan dari negara asal pengimport, mungkin nilai tambah seperti kelebihan nutrisi contoh keli omega 3 atau konsep ternakan organik dan persekitaran ternakan seperti ternakan biofilter antara elemen yang diperlukan bagi memenuhi pasaran khusus seperti ini.
- Modal pengusaha. jumlah modal yang adalah faktor utama menentukan kaedah ternakan keli. Bagi yang mempunyai modal yang kukuh kaedah ternakan berskala besar dan komersil antara pilihannya. Untuk yang ada kekangan modal, kaedah ternakan yang lebih murah dan efesien adalah pilihan yang tepat.
Diharap sedikit sebanyak penjelasan di atas memberi panduan khususnya kepada golongan yang baru atau ingin menceburi diri dalam bidang ini. Seharusnya sebagai seorang penternak, kita tidak perlu terikat atau taksud kepada mana-mana kaedah samaada tradisi maupun moden dalam membuat pilihan. Fikirlah mengikut kesesuaian.
petikan asal dari Majalah Aquabase.

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise