Bagaimana saiz anak keli dikatogerikan oleh hatcheri
Written by PVH Thursday, 07 January 2010
Salam tahun baru buat semua,
Topik ini Pergau valley hatchery timbulkan kerana terdapat beberapa penternak tidak jelas dan keliru dengan sistem ukuran anak keli yang digunapakai oleh industri hatchery. Terutamanya yang baru berkecimpung.
Kita sering tertanya-tanya apakah parameter sebenar untuk mengukur saiz anak keli yang dibekalkan di pasaran. Ada anak bersaiz dari 1 inci, 1.5 inci, 2 inci, 3 inci, 4 inci. Dari segi saiz yang dijual, tidak diragukan lagi anak keli dijual berdasarkan panjang saiz anak. Ukuran panjang yang diambil kira di sini bermula dari hujung ekor sehingga ke mulut ikan tersebut (tidak termasuk misai).
Di PVH, dalam industri hatchery anak ikan sebenarnya digred mengikut saiz tubuh. Contohnya bagi anak 3 inci, kebiasaannya di hatchery terdapat penapis/filter jenis berlubang dengan saiz untuk anak 3 inci. Jika anak keli akan digred mengikut saiz lubang ini akan dikelas sebagai anak bersaiz 3 inci begitu sebaliknya, walaupun saiz panjang badannya lebih dari 3 inci. Ini kaedah praktikal digunakan di kebanyakan hatchery.
Kekeliruan timbul
Kebanyakannya perkara ini terjadi pada pengusaha baru yang terlibat dalam aktiviti penternakan atau mereka jenis sangat teliti. Bila mana anak digred berdasarkan saiz tubuh , maka akan terdapat anak yang lebih pendek atau terlebih panjang. Sedang parameter ini diguna pakai sekian lama oleh pasaran anak keli.
Manakala timbul isu dikalangan pelanggan yang merungut anak tidak cukup inci. Isu ini timbul bila mana anak keli diukur berdasarkan panjang saiz semata-mata. Sedangkan yang terlebih panjang tiada rungutan pula.
Isu kedua timbul di sini, bila mana anak dalam jumlah yang banyak greding. Maka terdapat anak bersaiz lebih kecil yang tidak keluar dari penapis semasa proses greding. Jadi anak ini akan termasuk ke dalam saiz ini, namun peratusnya tidak begitu besar. Sekiranya untuk digreding sepenuhnya atau seteliti mungkin, proses ini memakan masa dan ‘meletihkan’ anak ikan. Perkara ini tidak bagus untuk anak keli.
Sebabnya kita di Malaysia masih mengguna pakai kaedah tradisi dalam pengredingan saiz anak bukannya dibantu dengan mesin greding berteknologi laser atau fotonik. Mungkin di masa hadapan perkara ini terjadi.
Penyelesaian
Masalah ini di atasi oleh hatchery dengan memberi anak dalam jumlah yang lebih, contohnya di PVH bagi setiap 1000 ekor anak, kami lebihkan 100 - 200 ekor. Ini bagi mengimbangi hal-hal seperti berikut, sekiranya berlaku kekurangan jumlah anak pada atau anak bersaiz kecil yang tidak keluar semasa proses greding. Ini antara kaedah yang diguna pakai oleh pihak hatchery dalam mengatasi kekurangan sebegini ini.
Ini kerana pada skala besar, anak keli ditimbang dalam menentu jumlah anak. sekadar contoh, 1kg anak 2 inci bersamaan dengan 10,000 ekor anak.
Ini memberi situasi ‘win-win’ kepada hatchery dan penternak. Bagi yang telah lama dengan bidang ini, sudah faham dan menerima pakai dengan kaedah ini, baik perseorangan atau agensi kerajaan.
Tidak faham sistem beroperasi
Masalah ini PVH timbulkan bila mana terdapat penternak baru khususnya peserta - peserta program pembangunan di bawah Jabatan Perikanan atau Peladang kawasan. Di mana secara dasarnya baru menjalani mana – mana krusus atau program menternak keli.
Kebiasaannya mereka ini, inginkan anak yang betul –betul sempurna tanpa sebarang kekurangan pun. Jadi mereka ini banyak ‘songeh’ atau kerenah dalam bahasa pasar. Dari pengalaman pihak kami, golongan ini kebanyakan yang ‘gulung tikar’ setelah 2-3 pusingan menternak.
Ini merugikan pihak hatchery bila mana melayani kerenah sebegini, sekiranya kami memberi pilihan anak bersaiz lebih besar, mereka menolak pula. Sebenarnya agak sukar untuk mencari hatcheri yang betul-betul ‘fit’ saiz, mungkin ada tapi pada kos lebih tinggi.
Sedangkan anak keli dikatogeri ‘ikan low cost’.
Terdapat perbezaan ketara antara anak yang dibekalkan oleh hatchery dengan pusat transit khususnya yang mengimport anak keli dari siam. Baik dari segi kualiti dan panjang anak.
Latarbelakang PVH
Di sini kami lampirkan sedikit latarbelakang Pergau valley Hatchery dalam industri ini, untuk info tambahan.
Kami di PVH satu-satunya pusat pembenihan keli di Kelantan yang mendapat pengiktifan dari pihak Jabatan Perikanan negeri ini bagi membekalkan anak keli kepada keseluruhan peserta keli kanvas di bawah seliaan jabatan. Iaitu ini saiz anak 3 hingga 5 inci.
Jabatan perikanan Kelantan hanya memberi kelulusan tunggal kepada hatcheri ini setelah mana pihak jabatan menghadapi masalah ‘kronik’ dengan beberapa vendor yang dilantik sebelum ini dalam membekalkan anak keli pada peringkat awal projek keli kanvas dilancarkan secara komersil, khususnya dari segi saiz dan kualiti anak.
PVH menjadi ‘penyelamat’ kepada projek berskala besar ini dari segi bekalan anak, ketika projek ini tengah ‘nazak’ mencari pembekal anak yang berkualiti. Sesuatu yang membanggakan PVH hanya bekalan anak yang dikeluarkan sepenuhnya oleh hatchery ini. Ini salah bukti anak keli tempatan berkualiti berbanding dengan benih luar.
Kenapa PVH hanya dipilih,
kerana saiz anak dan kualiti anak yang telah diakui memenuhi piawaian Jabatan Perikanan Malaysia. Kami di PVH lebih selesa bergiat di ’belakang tabir’ dalam projek berskala besar sebegini, namun perkara ini kami bangkitkan apa bila beberapa pihak mempertikaikan kredibiliti kualiti anak keluaran hatchery ini.
Diharap sedikit sebanyak artikel ini memberi penjelasan kepada mereka yang di luar sana khusus golongan yang baru berjinak dengan industry ini. Sebabnya dalam bidang ini banyak kerelatifan dan budi bicara diguna pakai. Bagi mereka yang rasa ‘ingin semua benda perlu mematuhi piawaian’ rasanya anda mungkin perlu mencari bidang lain.
sekian

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise