Skip to Menu Skip to Content Skip to Footer

Sekilas

  • 2010 - selamat tahun baru 2010 dan maju jaya dari PVH
  • PVH - mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada muslimin
  • ANAK KELI - dapatkan anak keli bermula dari 5sen keluaran PVH
  • 2009 Aquakultur - Semoga kedatangan 2009 membawa kebaikan bersama kepada komuniti Aquakultur Malaysia!

Makanan ternakan ikan keli - proses sendiri

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Oleh PVH Selasa, 29 September 2009 07:08

 

PVH sering kali menerima pesoalan berkenaan makanan ternakan bagi ikan keli dan antara soalannya;

Bagaimana untuk hasilkan makanan sendiri bagi ternakan keli ?

Terlebih dahulu di ruang ini PVH cuba beri gambaran ringkas berkenaan makanan ternakan keli di negara ini.

Makanan ternakan untuk ternakan keli komersil, sebahagian besar masih terlalu bergantung kepada sumber makanan alternatif seperti sumber protein terbuang contoh perut ayam. Kekangan harga pasaran keli menyebabkan perkara ini berlaku, cuba sekiranya harga pasaran keli diapungkan berdasarkan harga pasaran pallet yang sentiasa meningkat akibat perubahan ekonomi global.

Ini memberi situasi adil kepada penternak – pembeli. Produk berkualiti pada harga terbaik.

Manakala dari sudut pengusaha, sumber makanan alternatif sebenarnya memberi halangan kepada penternak pada skala besar. Persoalannya ‘ di manakah ingin dapat perut ayam dalam kuantiti begitu besar untuk ternakan mereka?’

dan satu lagi,

monopoli industri makanan ternakan dalam negara ini perlu dijenguk dan dinilai oleh penternak, sekiranya diperati hanya terdapat segelintir jenama makanan ternakan di negara ini. Selain itu, kualiti makanan pallet di negara ini, masih boleh dibaiki jika dibandingkan dengan produk dari jiran terdekat, Thailand.

Bagaimana makanan proses sendiri ?

Terdapat bermacam cara untuk menghasilkan makanan sendiri dari pelbagai sumber protein diluar sana baik dari haiwan atau tumbuhan. Namun perkara pokoknya di sini, campuran kandungan makanan yang betul penting bagi pembesaran ternakan keli.

Berkenaan makanan ternakan yang dihasilkan sendiri, penternak perlu ada pengetahuan berkenaan nutrisi catfish ini, mungkin terdapat krusus/kelas formal yang mengajar benda sebegini.

Ramuan campuran makanan ini menjadi rahsia mana-mana pengeluar makanan ternakan, bahkan dari pengalaman kami sendiri di peringkat kajian di pusat kajian pun, para pengilang ini tetap menjaga rahsia ini. Walaupun sampel dihantar untuk proses kajian, agak sukar untuk mengetahui secara mendalam.

Dari satu sudut lain, dijika dinilai balik, kadang kala makanan yang diproses sendiri lebih mahal dari makanan kedai. Kenapa kami berkata demikian?

Jika mengambil kira kos operasi seperti pengangkutan bahan mentah, api, air dan gaji pekerja. Ini belum tertentu makanan yang dibuat memberi hasil seperti diharapkan. Pengalaman lepas, menunjukkan ramai pengusaha makanan ternakan pada skala kecil gulung tikar akibat perkara sebegini.

Namun tidak salah sekiranya penternak ingin mencuba sebagai usaha menambahkan lagi keuntungan. Akhir kata dari PVH seharusnya penternak/pengusaha perlu bijak dalam membuat pertimbangan berkenaan pengurusan makanan ternakan.

In Section: Artikel aqua - This article belongs to category: Makanan Ternakan

Kalendar PVH

Pengeluaran pusingan ke - 3

untuk bulan feb/mac

anak 2 - 3 inci, stok terbaru keluaran awal Mac. dapatkan sekarang.

Selamat Datang

ke laman pergauhatchery.com, sebuah pusat pembenihan ikan air tawar di Malaysia

Mengenai kami

Selamat datang ke pergauhatchery.com, laman ini dibangunkan bersama mohdazrul.com

Paparan laman

Dapatkan paparan terbaik laman ini di Firefox