www.pergauhatchery.com
Teknologi pembuatan kolam konkrit atau kolah bagi ternakan keli
Written by PVH 02 August 2010
Artikel siri 1 : Teknologi pembuatan kolam konkrit bagi ternakan keli - mana lebih kukuh
Keli juga diternak dalam kolam konkrit. Terdapat pelbagai saiz kolam konkrit ini dibina antara yang popular 10kaki x 20 kaki , 20 kaki x 40 kaki sehingga bersaiz lebih besar. Dengan ketinggian 2.5 kaki sehingga 4 kaki.
Kolam ini ialah pilihan bagi mereka yang tiada tanah sesuai untuk menternak keli. Dari segi pengurusan kolam konkrit memberi kelebihan kepada penternak seperti greding dan penuaian ternakan. Namun dari segi kos ini mungkin sedikit membebankan pengusaha pada peringkat awal.
Stok benih keli bagi bulan ...
Written by PVH 29 April 2010
Bulan puasa tinggal sekitar 3 bulan lagi. Berita baik untuk penternak di luar sana, pihak kami menyediakan stok anak keli 2 - 3 inci, sekitar 100k untuk ternakan bulan puasa akan datang. Bagi berminat sila hubungi nombor tertera di web ini untuk pembelian atau tempahan.
Keli dan bulan puasa
Menjelang Ramadhan, ikan keli menjadi tumpuan bagi pengusaha ternakan air tawar, kerana permintaan ikan keli pada bulan ini meningkat.
Saiz sebenar anak keli ka...
Written by PVH 08 February 2010
Saiz anak keli bagi keli kanvas.
Ramai tertanya-tanya apakah saiz sebenar anak yang boleh dimasukkan ke dalam tangki kanvas.
Rata-rata memperkatakan 3 inci adalah saiz standard yang dimasukkan. Ini adalah saiz ukuran 'orang pejabat' seperti jabatan perikanan atau peladang kawasan. Saiz ini ditetapkan oleh mana-mana jabatan. Kebiasaanya 3 inci dan 4 inci, lagi besar lagi bagus.
bina kolam ikan, tolong ikut ...
Written by PVH 25 February 2010
Ada sebilang pengusaha baru yang datang mendapatkan benih keli dari PVH, ramai bertanyakan bagaimana nak buat kolam yang betul. Ada yang bertanya, setelah kolam dah siap digali.
Ada yang membina kolam terlampau luas hingga berhektar tanah. Ada yang bina terlampau sempit hingga jatuh rugi kalau dikira sewa excavator.
Kes sebegini banyak terjadi. Salah bina kolam.
Kemaskini info jangka pengeluaran ...
Written by PVH 29 March 2010
Salam Aqua,
untuk masa akan datang, info berkenaan pengeluaran benih keli Pergau Valley Hatchery akan dikemaskini di webpage kami iaitu di bahagian kalendar PVH. Ini akan memudahkan pihak pelanggan/pengusaha untuk merancang pembelian atau penyediaan kolam bagi kemasukan anak baru.
Pada bahagian ini (ditanda biru), kami akan menyatakan stok semasa dan harga terkini dengan tarikh kemaskini dinyatakan. Diharap inisiatif ini membantu pelanggan kami di luar sana.

