Kualiti anak keli PVH
Written by PVH Thursday, 04 June 2009
Kuncinya terletak pada usia anak keli tersebut. Di pusat pembenihan ini, anak keli dijual pada usia muda. Anak keli mula dibekal bermula usia 3 minggu. Pihak kami tidak menyimpan stok anak keli dalam tempoh lama.
Usia anak yang muda penting dalam pembesaran ternakan, supaya tidak berlaku rencatan pembesaran. Bagi penternak yang berpengalaman mungkin menyedari perkara sebegini ini.
Jika sebelum ini, pihak kami terkejut dengan pengiktirafan dari pengawai jabatan perikanan negeri yang mengakui sendiri anak keli keluaran hatcheri ini cepat membesar. Anak keli keluaran PVH telah diternak dalam pelbagai medium ternakan dari kolam tanah sehingga kanvas. Rata-rata penternak/pengusaha beri respon positif terhadap kadar pembesaran anak keli keluaran pusat pembenihan tempatan ini.
Ini membuktikan anak keli keluaran hatcheri tempatan berkualiti dan berdaya saing. Untuk pusingan bulan mei, PVH menerima lebihan tempahan dari pembekal/pengusaha sekitar Kelantan. Kami memohon maaf kerana tidak dapat menemuhi tempahan saudara sekalian. PVH hanya membekalkan anak yang dihasilkan hatcheri ini sahaja kerana faktor kualiti.
Bagi yang ingin mendapatkan anak keli, tempahan awal perlu dibuat.

Minggu lepas PVH dilawati salah seorang consultant bagi perancangan bandar Jeli. Beliau dilantik khas untuk rancang dasar pembangunan Jeli untuk tempoh 20 tahun akan datang. Kehadiran beliau secara kebetulan apabila melihat signboard kami, tujuannya bagi mendapat input-input berguna untuk pembentangan pada peringkat majlis daerah.
Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.




Pergau Hatchery Enterprise