Bagaimana untuk bermula sebagai seorang pengusaha akuakultur
Written by PVH Friday, 10 June 2011

sebahagian kerja-kerja tuaian ikan keli, sanggupkah anda berlumpur sebegini
Tidak dinafikan ramai di luar sana berminat untuk menjadi seorang pengusaha dalam bidang ini. Baik sebagai penternak secara amnya, pengeluar makanan ternakan, pengusaha ikan hiasan, pengeluar benih ikan dan pembekal peralatan ternakan. Namun ramai tidak pasti bagaimanakah caranya untuk bermula dalam bidang aquakultur.
Apakah kriteria yang diperlu sebagai pengusaha dalam bidang ini. Kekurangan pengetahuan berkenaan prospek bidang ini membantut minat usahawan untuk mencuba. Di sini, kami di Pergau Hatchery akan menyenaraikan sepintas lalu berkenaan elemen yang perlu ada sekirannya anda ingin serius dalam bidang ini.
- Minat mendalam
Sebenarnya rata-rata yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, disebabkan minat yang mendalam. Minat ini mereka zahirkan pada awalnya dalam bentuk hobi seperti menternak ikan hiasan sejak dari kecil atau memancing. Kebiasaannya golongan ini ada aktiviti ini pada awalnya sekadar mengisi masa lapang. - Belajar perkara baru
Disebab minat, mereka ini banyak mempelajari perkara baru baik kaedah ternakan, pengurusan dan hal teknikal. Ini sebenarnya sebagai satu bentuk persediaan untuk projek pada skala lebih besar. - Fokus pada satu benda
Golongan ini hanya menumpukan kepada satu perkara sahaja. Jika menternak ikan keli, diorang akan memahirkan diri dalam ternakan keli sahaja tanpa mencampur aduk dengan ikan lain.
- Sanggup laburkan modal
ini antara petanda awal bahawa mereka sudah bersedia untuk bergiat secara serius. Modal ini boleh dibahagikan kepada wang dan masa.

Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.




Pergau Hatchery Enterprise