Benih keli 2012 : Pergau Hatchery kini kembali beroperasi
Written by PVH Wednesday, 25 January 2012
Sepanjang tahun 2011 , pengeluaran benih keli oleh Pergau Hatchery agak kurang memberangsangkan disebabkan oleh kerja-kerja menaik taraf sebahagian besar kolam asuhan kami. Ini ditambah lagi dengan kerja pembinaan ini yang bermula pertengahan tahun dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun iaitu ketika musim angin monsun timur laut baru nak bermula di Kelantan ini.
Bermula sejak 2010, Pergau Hatchery tidak lagi beroperasi ketika musim tengkujuh (bermula hujung oktober sehingga awal januari) iaitu disebabkan permintaan benih keli yang kurang ketika ini akibat musim banjir. Sudah menjadi, etika kerja pihak Pergau Hatchery iaitu tidak simpan lama-lama, stok benih keli untuk penternak. Banyak masalah.
Bagi tahun 2012, untuk pembenihan keli kami mula beroperasi balik pada pertengahan Januari iaitu pada minggu ke-3. Stok benih keli ini, dijangka keluar pada pertengahan Ferbuari 2012. Pergau Hatchery berharap agar pada 2012 ini, kami dapat mengeluarkan benih keli pada kapasiti lebih besar. Khasnya untuk menampung permintaan para penternak di Kelantan atau luar amnya.
Hakcipta Artikel
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan#1 Jan - Feb 2012
Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012
-stok benih 1.5 & 2 inci
pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012
kemaskini 17/2/2012

Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.

Pergau Hatchery Enterprise